Saturday, February 5, 2011

MPKK RC 2011

1.0 PENGUMPULAN

1.1 Bidang

Kepenggunaan.

1.2 Fokus

Reka ciptaan yang digunakan untuk aktiviti 
pengajaran/pembelaj aran
/pengurusan bilik darjah/bilik khas (bengkel/makmal 
dan sebagainya) di sekolah. 

1.3 Pengenalan

Mengumpul bahan/alatan sering berlaku dalam proses 
pengajaran/pembelaj aran /pengurusan bilik darjah/ 
bilik khas (bengkel/makmal dan sebagainya) 
di sekolah. 

1.4 Takrif

Pengumpulan merupakan satu proses kerja mengumpul / 
menghimpun bahan/alatan yang berselerak.

Kamus Dewan : Pengumpulan : perihal atau perbuatan 
mengumpulkan, penghimpunan.
mengumpulkan : menjadikan atau membuat supaya berkumpul, mengambil (mengutip) benda-benda
yang berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompok.

1.5 Aplikasi

Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk mengumpul/menghimpu n bahan/alatan dalam proses pengajaran/pembelaj aran/pengurusan bilik darjah/bilik khas ( bengkel/makmal dan sebagainya) di sekolah.

1.6 Kaedah

Kaedah yang mesti digunakan untuk mengumpul/menghimpu n bahan/alatan adalah menarik/menolak/ menyedut/ mencengkam/ menyepit/ mencucuk/ mengaut/menyembu r/mengait/ menyapu/menyodok /menguis.

2.0 PEMINDAHAN

1.1 Bidang

Pengangkutan.

1.2 Fokus

Reka ciptaan yang digunakan untuk aktiviti memindah pelbagai barangan dari satu tempat ke tempat lain.

1.3 Pengenalan

Memindah merupakan satu proses kerja yang dilakukan untuk mengalih pelbagai jenis barangan dari satu tempat ke tempat yang lain.

1.4 Takrif

Pemindahan merupakan satu proses kerja untuk mengalih pelbagai jenis barangan dari satu tempat ke tempat lain.

Kamus Dewan : Pemindahan : perbuatan memindahkan 
(mengalihkan)
memindahkan : meletakkan ke tempatlain
mengalihkan ke tempat 
1.5 Aplikasi

Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk memindah/mengalih pelbagai jenis barangan dari satu tempat ke tempat yang lain.

1.6 Kaedah

Kaedah yang mesti digunakan untuk memindah/mengalih adalah menarik/menolak/ mengangkat/ menyorong/ menggelonsor/ mengangkut/
menggolek/menyalur/ melontar/ membaling/ meluncur.

3.0 PENUAIAN (HARVESTING)

1.1 Bidang

Pertanian.

1.2 Fokus

Reka ciptaan yang digunakan untuk aktiviti memungut hasil tanaman
atau ternakan.

1.3 Pengenalan

Menuai merupakan satu proses kerja yang perlu dilakukan untuk memungut hasil tanaman atau ternakan.

1.4 Penuaian merupakan satu proses kerja untuk memungut hasil tanaman atau ternakan.

Kamus Dewan : Penuaian : perihal menuai, pengetaman.

1.5 Aplikasi

Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk menuai/memungut hasil tanaman 
atau ternakan.

1.6 Kaedah

Kaedah yang mesti digunakan untuk menuai/memungut hasil tanaman 
atau ternakan adalah menarik/mengetam/ memotong/ menujah/memetik/ mencabut/mengait/ menyabit/ menjaring/ memukat/menanggu k/memulas/ memerah/menggali/ mencantas.

No comments:

Post a Comment